Info

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadan 2020

Pinterest LinkedIn Tumblr

Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan bagi tahun 2020 telah ditetapkan pada Khamis, 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah. Tempat melihat anak bulan Ramadan ini pula ditetapkan di 15 kawasan terpilih berbanding 29 kawasan cerapan sebelum ini.

Hal ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan. 15 tempat melihat anak bulan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pontian Kecil, Johor.
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
  3. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak bernam, Selangor.
  5. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak.
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang.
  7. Menara Alor Setar, Kedah.
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu, Kelantan.
  10. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
  12. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampung Antarabangsa, Labuan.
  14. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
tempat melihat anak bulan

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah (cerapan Hilal) dan Hisab (kiraan).

Tarikh permulaan puasa akan diumumkan pada malam (23 April) itu juga oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui siaran televisyen dan radio.

Kawasan Lihat Anak Bulan Yang Dikecualikan Semasa PKP 2020

Berikut adalah senarai 14 lokasi yang dikecualikan daripada menjadi lokasi cerapan anak bulan puasa semasa PKP fasa 3:

  1. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
  2. Esplanade Luak, Miri, Sarawak.
  3. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
  4. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
  5. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  6. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
  7. Bukit Tanjung Batu, Nenasi.
  8. Gunung Berincang, Cameron Highlands.
  9. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
  10. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
  11. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
  12. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
  13. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
  14. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Rujukan: Majlis Raja-Raja


Selamat Menyambut Ramadan 1441H buat semua umat Islam khususnya dan umat Islam di seluruh dunia amnya.

Walaupun kali ini kita semua diuji dengan musibah COVID-19, semoga kita semua tabah menghadapinya dan membanyakkan memohon ampun kepada Allah s.w.t serta patuh kepada arahan kerajaan bagi menamatkan serangan virus ini secepat mungkin.

Wallahu a’lam