Syariat

Cara Solat Tahajjud Berserta Doa (Panduan Lengkap)

Pinterest LinkedIn Tumblr

Solat Tahajjud ialah solat atau sembahyang sunat yang didirikan apabila terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur itu hanya sebentar. Solat ini boleh dilakukan selepas waktu Isyak dan sehingga terbit fajar.

Solat Tahajjud juga adalah amalan biasa bagi mereka yang berqiamullail.

Waktu Terbaik Solat Tahajjud

Sebaik-baik waktu untuk mengerjakan solat tahajjud ialah pada satu pertiga malam iaitu kira-kira jam 3.00 pagi.

Jumlah Rakaat Solat Tahajjud

Jumlah rakaat bagi solat ini tiada had. Boleh dilakukan sebanyak yang mampu. Tetapi dikerjakan sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam.

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

1. Niat

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

2. Bacaan rakaat pertama

Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah:

surah-al-fatihah
Surah al-Fatihah

Kemudian, diikuti surah al-Kafirun:

surah-al-kafirun
surah al-Kafirun

Seterusnya, rukuk dan sujud seperti biasa.

3. Bacaan rakaat kedua

Pada rakaat kedua hendaklah membaca surah al-Fatihah;

surah-al-fatihah

Kemudian, dituruti dengan surah al-Ikhlas;

surah al-Ikhlas

Seterusnya, rukuk, sujud dan tahiyat akhir serta salam. Setelah itu, beristighfar dan berzikir dan akhir sekali berdoa.

*Nota: Bacaan surah lain juga boleh dibaca selain surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua ini.

Doa Tahajjud

doa solat tahajjud

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.

Kelebihan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang digalakkan untuk diamalkan. Terdapat banyak khasiat atau kelebihan bagi mereka yang mengerjaan solat ini.

Antaranya adalah:

  • Mendapat pengawasan Allah s.w.t dan menampakkan kesan-kesan ketaatan diwajahnya.
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang-orang mukmin.
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar kelak.
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Jauh daripada kebinasaan.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.

Di dalam Hadis Qudsi ada disebut;

Bahawasanya Allah Taala bermegah dengan hamba- hamba-Nya yg bangun di tengah malam kerana beribadat. Berfirman Allah di hadapan malaikat,

Lihatlah hamba-hamba Ku itu, mereka telah bangun di tengah malam di waktu tiada seorang pun yg melihat mereka kecuali Aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa Aku telah sediakan untuk mereka syurga, tempat tinggal kehormatanKu“.

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya untuk bangun berqiamullail (beribadat pada malam hari) seperti mana sabda Baginda yang bermaksud:

Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh.

Riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim (rujukan)

Akhir Kalam

Sesungguhnya sangat besar ganjaran buat mereka yang bangun untuk beribadat pada malam hari tatkala orang lain lena diulik mimpi.

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendapatkan ganjaran ini.

1 Comment

Write A Comment