Syariat

Cara Solat Dhuha dan Doa Dhuha [Panduan Jawi dan Rumi]

Pinterest LinkedIn Tumblr

Solat dhuha adalah solat sunat yang boleh dikerjakan setiap hari pada sebelah pagi bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).

Terdapat dua istilah lain yang digunakan mengenai solat yang dikerjakan dalam waktu dhuha iaitu Solat Sunat Isyraq dan Solat Awwabin.

Solat Sunat Isyraq ialah solat dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Solat Isyraq ini bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (waktu syuruk) (Rujukan).

Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja dan jika terlepas waktunya, maka didirikan Solat Dhuha dan bukan Solat Isyraq.

Solat Awwabin pula ialah solat dhuha yang dikerjakan pada waktu terbaiknya iaitu ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Ini berdasarkan hadis:

Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahri sudah terik).

Hadith riwayat Muslim: 1238

Bilangan Rakaat

Bilangan rakaat solat sunat ini ialah boleh dikerjakan sebanyak:

  • 2 rakaat 1 salam
  • 4 rakaat 2 salam
  • 6 rakaat 3 salam
  • 8 rakaat 4 salam
  • 10 rakaat 5 salam
  • 12 rakaat 6 salam

Waktu Solat Dhuha

Waktu solat dhuha boleh dikerjakan ialah bermula terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari iaitu kira-kira jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Waktu afdal atau waktu terbaik yang dianggarkan kira-kira sekitar jam 10.00 pagi.

Niat Solat Sunat Dhuha

Lafaz niat:

lafaz niat solat dhuha
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.”

Bacaan Dalam Solat

Bacaan dalam solat sunat Dhuha adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu diawali dengan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah-surah lazim.

Namun, disarankan untuk membaca surah As-Shams pada rakaat pertama

surah as-shams

dan rakaat kedua di baca surah Ad-Dhuha

surah ad-dhuha

Doa dhuha

Berikut adalah bacaan doa selepas solat sunat dhuha:

doa dhuha

Rumi:

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka, Wal Bahaa-A Bahaa-Uka, Wal Jamaala Jamaaluka, Wal Quwwata Quwatuka, Wal Qudrata Qudratuka, Wal Ishmata Ishmatuka, Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu, Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu, Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu, Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu,
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu, Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika, Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika, Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Maksudnya:

Ya Allah,
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU, Kecantikannya KecantikanMU, Keindahannya KeindahanMU, Kekuatannya KekuatanMU, Kekuasaannya KekuasaanMU, Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah, Jika di bumi, keluarkanlah, Jika sukar, permudahkanlah, Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah, Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU, KekuatanMU, kekuasaanMU, Limpahkan kepadaku segala, Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh.


Wallahu a’lam

Write A Comment