Akidah

Sifat 20 Allah s.w.t Yang Wajib Diketahui Secara Terperinci

Pinterest LinkedIn Tumblr

Sifat 20 adalah teras kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran Imam Asya’irah dan Imam Maturidiyyah. Manhaj sifat 20 ini sangat jelas membezakan Allah dengan makhluk serta mampu menyelamatkan pemiliknya daripada akidah tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk) atau tajsim (mengatakan Allah beranggota badan).

Adapun sifat kesempurnaan Allah s.w.t itu tidak terhingga banyaknya, hanya Allah s.w.t jualah yang mengetahuinya.

20 sifat kesempurnaan ini wajib diketahui secara terperinci (tafshil) mengikut pendapat yang mahsyur. Manakala, pendapat yang kuat (rajih) menurut Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari adalah 13 sifat sahaja tidak termasuk 7 sifat Ma’nawiyyah.

sifat 20

20 Sifat Wajib Allah s.w.t

  1. Wujud (Ada)
  2. Qidam (Sedia ada / tiada permulaan bagi kewujudan Allah)
  3. Baqa’ (Kekal ada / tiada penghujung bagi kewujudan Allah)
  4. Mukhalafatuhu Ta’ala lil Hawadits (Berbeza Allah Ta’ala dengan makhluk)
  5. Qiyamuhu bi nafsihi (Allah Ta’ala berdiri dengan sendiri-Nya)
  6. Wahdaniyyah (Esa)
  7. Qudrah (Pekuasa)
  8. Iradah (Pekehendak)
  9. Ilmun (Pengetahuan)
  10. Hayah (Pehidup)
  11. Sama’ (Pedengar)
  12. Bashar (Pelihat)
  13. Kalam (Pekata)
  14. Kaunuhu Qadiran (Keadaan Allah Ta’ala yang berpekuasa)
  15. Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah Ta’ala yang berpekehendak)
  16. Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan Allah Ta’ala yang berpengetahuan)
  17. Kaunuhu Hayyan (Keaddan Allah Ta’ala yang berpehidup)
  18. Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah Ta’ala yang berpendengar)
  19. Kaunuhu Bashiran (Keadaan Allah Ta’ala yang berpelihat)
  20. Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah Ta’ala yang berpekata)

Dapatkan Ringkasan Sifat 20 online

Dapatkan kitab Sifat 20: Satu Pengenalan Asas online

20 Sifat Mustahil Allah s.w.t

  1. ‘Adam (Tiada)
  2. Huduts (Baharu)
  3. Thuru al-Adam (kedatangan tiada / binasa)
  4. Sama dengan segala makhluk
  5. Berhajat kepada zat dan pencipta lain
  6. Banyak
  7. Lemah
  8. Terpaksa
  9. Jahil
  10. Mati
  11. Pekak
  12. Buta
  13. Bisu
  14. Keadaan Allah Ta’ala yang lemah
  15. Keadaan Allah Ta’ala yang terpaksa
  16. Keadaan Allah Ta’ala yang jahil / tidak mengetahui
  17. Keadaan Allah Ta’ala yang mati
  18. Keadaan Allah Ta’ala yang pekak
  19. Keadaan Allah Ta’ala yang buta
  20. Keadaan Allah Ta’ala yang bisu

Sifat Harus Allah s.w.t

Satu sifat harus Allah Ta’ala adalah “membuat mumkin (makhluk) atau tidak membuatnya.”

Pembahagian sifat

Sifat-sifat wajib Allah s.w.t ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

  • Nafsiyyah
  • Salbiyyah
  • Ma’ani
  • Ma’nawiyyah

Nafsiyyah

  1. Wujud

Salbiyyah

  1. Qidam
  2. Baqa’
  3. Mukhalafatuhu lil hawadits
  4. Qiyamuhu bi nafsihi
  5. Wahdaniyyah

Ma’ani

  1. Qudrah
  2. Iradah
  3. Ilmun
  4. Hayah
  5. Sama’
  6. Bashar
  7. Kalam

Ma’nawiyyah

  1. Kaunuhu Qadiran
  2. Kaunuhu Muridan
  3. Kaunuhu Aliman
  4. Kaunuhu Hayyan
  5. Kaunuhu Sami’an
  6. Kaunuhu Bashiran
  7. Kaunuhu Mutakalliman

Perbezaan sifat Ma’ani dan Ma’nawiyyah

Tanggungjawab Kita

Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai makhluk dan mukallaf lelaki dan perempuan wajib (fardhu ain) mengenal Allah s.w.t dengan mengetahui apa yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah s.w.t dan apa yang wajib, mustahil dan harus bagi para rasul.