Akidah

Rukun Iman: Senarai dan Huraiannya

Pinterest LinkedIn Tumblr

Rukun Iman adalah satu rukun daripada 3 rukun agama Islam. Seorang yang mengakui dirinya sebagai seorang Islam atau Muslim wajib beriman dengan 6 perkara dalam rukun ini.

Iman dari segi bahasa membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan.

Manakala dari segi syarak iman ialah kepercayaan yang terbit daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah saw adalah benar dan datangya daripada Allah swt.

Rukun iman, iman itu cahaya

Rukun Iman

Rukun iman ada 6 perkara iaitu:

  1. Beriman kepada Allah s.w.t
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada kitab-kitab
  4. Beriman kepada rasul-rasul
  5. Beriman kepada hari kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar

1. Beriman kepada Allah

Beriman kepada Allah bermaksud mempercayai dengan penuh yakin bahawa Allah s.w.t yang menciptakan alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak dan wajib disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.

2. Beriman kepada Malaikat

Mempercayai bahawa malaikat adalah pesuruh-pesuruh Allah yang taat dan patuh menjalankan segala perintah Allah.

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang dicipta daripada cahaya. Malaikat tidak berjantina sama ada lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai nafsu.

Jumlah malaikat keseluruhannya amatlah banyak tetapi umat Islam hanya wajib mengetahui 10 malaikat iaitu:

Nama MalaikatTugas-tugas Malaikat
JibrailMenyampaikan wahyu
MikailMenyampaikan rezeki
IzrailMengambil nyawa
IsrafilMeniup sangkakala
MunkarMenyoal di dalam kubur
NakirMenyoal di dalam kabut
RaqibMenulis kebajikan
AtidMenulis kejahatan
MalikMenjaga neraka
RidhwanMenjaga syurga

3. Beriman kepada kitab

Beriman kepada kitab boleh terbahagi kepada dua iaitu secara ijmali dan tafsili.

Beriman secara ijmali ialah menyakini setiap rasul diturunkan wahyu sama ada kemudiannya ditulis dalam bentuk kitab atau dalam bentuk suhuf sahaja. Sebahagiannya disebut namanya di dalam Al-Quran dan sebahagiannya tidak dinayatakan.

Beriman secara tafsili pula ialah mengetahui nama sebenar kitab-kitav yang diturunkan kepada rasul yang dipilih satu persatu dan mengimani bahawa kandungannya adalah ajaran dari Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup.

Suhuf ialah helaian-helaian muka surat yang mengandungi wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul Allah yang terpilih.

Antara suhuf yang diturunkan ialah 110 suhuf iaitu (Rujukan):

  • 10 suhuf kepada Nabi Adam
  • 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim
  • 10 suhuf kepada Nabi Musa
  • 30 suhuf kepada Nabi Idris
  • 50 suhuf kepada Nabi Thith

Kitab yang wajib diimani:

  • Taurat – Nabi Musa a.s
  • Zabur – Nabi Daud a.s
  • Injil – Nabi Musa a.s
  • Al-Quran – Nabi Muhammad s.a.w

4. Beriman kepada rasul-rasul

Setiap umat Islam wajib beriman dengan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Terdapat 25 nama rasul-rasul yang wajib diketahui iaitu:

  1. Nabi Adam a.s
  2. Nabi Idris a.s
  3. Nabi Nuh a.s
  4. Nabi Hud a.s
  5. Nabi Soleh a.s
  6. Nabi Ibrahim a.s
  7. Nabi Lut a.s
  8. Nabi Ismail a.s
  9. Nabi Ishak a.s
  10. Nabi Yaakub a.s
  11. Nabi Yusuf a.s
  12. Nabi Ayub a.s
  13. Nabi Syuib a.s
  14. Nabi Musa a.s

15. Nabi Harun a.s

16 . Nabi Zulkifli a.s

17. Nabi Daud a.s

18. Nabi Sulaiman a.s

19. Nabi Ilyas a.s

20. Nabi Ilyasa a.s

21. Nabi Yunus a.s

22. Nabi Zakaria a.s

23. Nabi Yahya a.s

24. Nabi Isa a.s

25. Nabi Muhammad s.a.w

5. Beriman kepada Hari Kiamat

Beriman kepada hari kiamat ialah beriman dengan perkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat seperti:

  • Adanya kematian
  • Adanya pembalasan alam kubur
  • Adanya padang masyar tempat dihimpunkan kesemua makhluk untuk dihisab
  • Dihisab segala amalan
  • Titian sirat
  • Syurga dan neraka

6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Qada’ adalah pelaksanaan ke atas sesuatu ketentuan sama ada ia perkara baik atau buruk yang telah ditentukan oleh Allah swt sejak azali.

Qadar pula adalah ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku kepada sesorang itu yang telah ditentukan sejak azali lagi.

Write A Comment