Info

Selamat Menyambut Ramadan 1441H (2020M)

Pinterest LinkedIn Tumblr
ramadan 1441h

Selamat Menyambut Ramadan 1441H / 2020M buat semua rakyat Malaysia khususnya dan semua umat Islam amnya.

Semoga dibulan mulia ini dapat kita berusaha menambah amal kebajikan dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Walaupun tahun ini (1441H), Ramadan kita sedikit berbeza kerana ujian wabak pendemik COVID-19, janganlah kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak berusaha menambah amal kebajikan kita di bulan mulia ini. Manfaatkan masa bersama keluarga tercinta supaya kasih sayang dan cinta yang terjalin terus utuh sampai ke syurga.

Berpuasa di bulan Ramadan adalah tuntutan rukun Islam yang ketiga yang telah diwajibkan sekian lama kepada umat terdahulu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ  

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Oleh itu, marilah kita menunaikan ibadah puasa sebaik mungkin dan meninggalkan segala kemaksiatan dan kemungkaran. Semoga Allah melindungi kita semua dari musibah yang sedang berlaku dan yang akan datang.

Amin~

Dalam bulan puasa ini, anda mungkin tercari-cari:

Write A Comment