Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia! Memandangkan tahun ini, umat Islam di Malaysia berpuasa dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan senarai kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri dan kaedah pembayarannya.
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri serta kaedah pembayarannya:
1. Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor
Kadar:
- RM 7.00
- RM 10.00
Kaedah Pembayaran:
i. Bayaran atas talian:
- Zakat Johor Online Payment: Fastpay melalui https://fitrah.maij.gov.my
- Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov.my
- Laman sesawang Johor Online Payment iaitu https://onlinepayment.johor.gov.my
- Melalui aplikasi SnapNPay.
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
2. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Kedah
Kadar:
- RM 5.00
- RM 7.00
- RM 14.00
- RM 21.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Laman sesawang Jom Zakat (https://jom.zakatkedah.com.my/)
- Laman sesawang Zakat Fitrah (https://zakatfitrah.com.my/)
- Aplikasi Zakat On Touch (ZOT)
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

3. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Kelantan
Kadar:
- RM 7.00 (namun bayaran fitrah dengan kadar RM 14.00 dan RM21.00 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Melalui aplikasi SnapNPay (Bank Islam)
- Melalui QR Code (Bank Muamalat)
- Melalui QRPay (Maybank)
- Semua code boleh didapati di laman sesawang http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/zakat-fitrah-payment
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
4. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Melaka
Kadar:
- RM 7.00
- RM 14.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Laman sesawang https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
5. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Sembilan
Kadar:
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik**
ii. Bayaran atas talian:
- Portal pembayaran zakat melalui https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
**(keperluan amil hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan)
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS
6. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Pahang
Kadar:
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
7. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Perak
Kadar:
- RM 7.00
- RM 14.00
- RM 21.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- FPX melalui https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
8. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Pulau Pinang
Kadar:
- RM 7.00
- RM 16.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- FPX melalui portal www.zakatpenang.com
- JomPAY
- i-Muamalat Mobile (Bank Muamalat)
- Aplikasi SnapNPay
- Perbankan internet Maybank2u
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
9. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Selangor
Kadar:
- RM 7.00
- RM 14.00
- RM 21.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- FPX melalui portal eZakatPay di pautan (https://fpx.zakatselangor.com.my/)
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
10. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Perlis
Kadar:
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Aplikasi SnapNPay dan bank (Bank Islam, Maybank, CIMB Bank) melalui https://www.maips.gov.my/
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
11. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Terengganu
Kadar:
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Aplikasi SnapNPay, QR Pay Bank Muamalat, Perbankan atas talian Maybank dan RHB Bank melalui (http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/zakat-fitrah-1441h-2020m/682-bayar-zakat-fitrah-anda-sekarang )
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official
12. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Sabah
Kadar:
- RM 6.00
- RM 7.50
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Perbankan atas talian Maybank2u, Bank Islam dan Agro Bank
- Aplikasi SnapNPay melalui https://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php
- Portal MyEG melalui https://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
13. Kadar Zakat Fitrah 2020 Negeri Sarawak
Kadar:
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Portal pelanggan TBS (https://pelanggan.tbs.org.my/)
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:
14. Kadar Zakat Fitrah 2020 Wilayah Persekutuan
Kadar:
- RM 5.00
- RM 7.00
Kaedah Pembayaran:
i. Amil fitrah yang dilantik
ii. Bayaran atas talian:
- Melalui portal PPZ (https://fitrah.zakat.com.my/)
- Melalui portal ebaitulmal MAIWP (https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/zakatfitrah/)
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi laman media rasmi berikut:

Beberapa Soal Jawab (Q&A)
1.Adakah zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini, memandangkan penularanwabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP?
Ya. Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
2. Kenapa kadar zakat fitrah di antara negeri tidak selaras?
Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras.
Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji disesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat daripada pemborong.
2. Terdapat beberapa buah negeri yang menetapkan beberapa kadar zakat fitrah. Berapa nilai sebenar yang perlu dibayar?
Secara umumnya, bayaran yang ditunaikan mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh majoriti masyarakat setempat adalah memadai.
Namun, sekiranya individu atau sesebuah keluarga memilih untuk membayar pada kadar lebih tinggi sepadan dengan makanan ruji mereka, maka ia adalah dari kerelaan hati dan dianggap suatu ketaatan tambahan yang terpuji.
Namun, bagi mereka yang terjejas akibat COVID-19 dan PKP , bayaran boleh ditunaikan mengikut kadar minimum yang ditetapkan.
3. Seandainya kaedah bayaran secara manual masih dilaksanakan, adakah langkah berjaga-jaga masih perlu dilaksanakan?
Ya. segala arahan dan tatacara kawalan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih perlu dilaksanakan.
4. Jika amil atau pembayar dalam keadaan tidak sihat, adakah mereka dibenarkan untuk keluar mengutip atau menunaikan zakat?
Sekiranya amil atau pembayar berada dalam keadaan kurang sihat, maka mereka tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah ketika itu.
Selain itu, mana-mana individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh atau termasuk dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau PUS yang ingin menunaikan kewajipan zakat fitrah hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat.
*Nota: pautan-pautan untuk pembayaran atas talian telas dikemaskini mengikut seperti yang disiarkan oleh pihak Jawhar sendiri.