Syariat

Doa Selepas Azan dan Iqamah (Berserta Panduan Rumi)

Pinterest LinkedIn Tumblr

Doa selepas azan dan iqamah adalah amalan sunnah yang dibaca selepas azan dan iqamah. Ulama mazhab Syafie mensunatkan bacaan doa selepas iqamah sama seperti bacaan doa selepas azan. Ini merupakan pandangan Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Khatib as-Syarbini.

Amalan berdoa selepas azan ini adalah tsabit kepada hadith Nabi s.a.w dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

(Sahih Bukhari: 614)(Rujukan)

Doa Selepas Azan

Sebelum membaca doa selepas azan disarankan terlebih berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 1-3 kali.

ٍاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Allahumma sho-li ‘alaa sai-idina Muhammad wa-‘a-laa aa-li sai-idina Muhammad

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad. Dan ke atas kelauraga Nabi Muhammad.”

Kemudian,bacalah doa selepas azan seperti berikut:

doa selepas azan

Lafaz Rumi: Allahumma rabba hatheehid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliyatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudanil lathee wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya: “Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

Begitulah juga selepas mendengar iqamah, disunatkan juga untuk membaca doa ini.

Tuntutan berselawat sebelum membaca doa selepas azan adalah disebut dalam satu hadith yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Apabila kalian mendengar (ucapan) mu’azin maka ucapkanlah seperti yang diucapkan mu’azin, kemudian berselawatlah untukku, kerana seseorang yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Mohonlah kepada Allah wasilah untukku, kerana wasilah adalah kedudukan yang tinggi di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap aku adalah hamba tersebut. Dan sesiapa memintakan wasilah untukku, maka layaklah syafa’at untuknya.” (Hadith riwayat Muslim, no. 384, Abu Dawud, no. 523, At-Tirmizi, no. 3614, Al-Nasaie, no. 678, Ahmad, no.6280) (Rujukan)

Dalam hadith ini mengandungi salah satu amalan sunnah yang mungkin tidak diketahui atau dilupakan oleh kita iaitu berselawat sebelum membaca doa selepas azan.


Akhir Kalam

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah dalam kehidupan kita, mudah-mudahan beroleh pahala dan syafa’at di akhirat kelak.

Wallahu a’lam